CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 October 2010

Permainan Pembelajaran Untuk Bayi

Permainan pembelajaran memberikan keseronokan kepada bayi. Pada masa yang sama ia juga merupakan permainan yang dapat merangsang pembelajaran dan perkembangan otak bayi anda. Terdapat banyak permainan seperti ini di pasaran untuk membantu ibu bapa dalam usaha merangsang anak-anak sejak kecil lagi. Ikuti panduan ini yang menyediakan fakta-fakta asas tentang bagaimana bayi belajar dan jenis permainan pembelajaran yang sesuai untuk anak anda terutama bagi usia anak bawah 12 bulan.

Bagaimana bayi belajar
Lazimnya bayi bertindak balas terhadap suara ibu bapanya. Pada masa yang sama, bayi juga bertindak balas kepada bunyi menarik yang lain. Apabila anda memilih permainan pembelajaran untuk bayi mereka seharusnya mencari permainan yang mempunyai bunyi, warna yang cerah dan kontras seperti merah,hitam dan putih dan mempunyai tekstur menarik yang membuatkan bayi teruja untuk menyentuhnya.

Bunyi
Bayi bertindak balas terhadap bunyi dan beberapa permainan pembelajaran terbaik termasuk gegaran dan permainan muzik. Muzik yang menenangkan boleh mendodoikan biasanya terbaik untuknya. Permainan yang mempunyai muzik dikatakan mampu untuk merangsang minda dan gambaran pada bayi. Mungkin anda boleh membeli satu alat permainan pendengaran pembelajaran iaitu apabila ditekan butangnya akan mengeluarkan bunyi menarik untuk anda anak.

Penglihatan
Warna yang terang dapat merangsang penglihatan bayi anda. Dapatkan permainan dengan warna yang kontras dan corak yang berbeza. Anda juga boleh memilih untuk memiliki katil bayi yang mengeluarkan muzik, mempunyai tekstur berbeza dan boleh mengantungkan permainan di dalamnya. Alat permainan cerah yang mempunyai warna mampu menarik perhatian anak anda.

Permainan motor halus
Ada permainan yang digunakan untuk merangsang jari-jemari dan pergerakan mata bayi. Dengan blok-blok lembut berwarna terang pasti membuatkan si kecil asyik bermain. Bayi akan membelek-belak permainan itu, dan pada masa yang sama pergerakan matanya aktif melihat permainan itu bergerak.

Kemahiran Kognitif
Terdapat beberapa mainan-mainan pembelajaran yang menggalakkan kemahiran kognitif pada bayi. Permainan pembelajaran seperti blok-blok binaan jenis kain, kotak-kotak aktiviti atau buku jenis kain sesuai untuk anak anda. Apa yang pasti, permainan pembelajaran ini mestilah mudah untuk bayi memegangnya.


Permainan pembelajaran pilihan

Kring!!!
*Permainan telefon mengeluarkan bunyi.
*Warna terang
*Kecil dan mudah dipegang.
*Ruang untuk meletakkan gambar anak
*Sesuai untuk anak usia 12 bulan ke
bawah.
*RM49.90
Si hijau katak
*Apabila ditekan mengeluarkan bunyi yang berbeza.
*Setiap anggota badan mempunyai ruang untuk ditekan.
*Warna terang.
*Sesuai untuk anak usia 12 bulan ke bawah.
*RM139.90




Baru smlm tgk2/cari mainan tuk Irfan..berkenaan tul mainan fisher price..mmg le mahal..tp berbaloi kalo beli..;)
Geram 2 mainan ni smlm..

Laugh & Learn™ Roll-Along Snail



Go Baby Go!™ Crawl-Along Musical Ball™


Irfan mesti duk gigit jek kalo dapat ni..hehe..

Amazing Animals™ Press & Go Animal Parade

Nak tgk main byk2..click je http://www.fisher-price.com


No comments:

Post a Comment

OuR Visitors (◕‿◕✿)