CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

26 September 2014

Cara Menjadi Ibu Bapa Yang Baik.. :)

Tadi ada terbaca kat fb tentang cara nak menjadi ibu bapa yg baik..mcm menarik je artikel ni..so rasa nk share je kat sini..

Kalo nk baca full artikel kat sini ye.. cara menjadi ibu bapa yang baik

Ni adalah 10 prinsip macam mana kita nk jd ibu bapa yg baik..mudahan2 mendapat sesuatu dari sini ye..maklum la sebagai ibu bapa pada masa kini amat mencabar bukan.. ;)

10 prinsip :

  1. Ibu bapa adalah cermin anak-anak!
  2. Berpadalah dalam menunjukkan kasih sayang.
  3. Libatkan diri dalam kehidupan anak-anak.
  4. Mendidik anak-anak mengikut zaman, perkembangan serta umurnya.
  5. Adakan dan cipta peraturan.
  6. Memberikan kebebasan membuat keputusan.
  7. Konsisten dengan didikan yang diberikan.
  8. Tidak melampau-lampau dalam mendisiplinkan anak.
  9. Menjelaskan kepada anak tentang segala peraturan dan keputusan.
  10. Semua ahli wajib saling menghormati.

Moga kita semua dapat menjadi Ibu Bapa Yang Baik.. :)


15 April 2014

Kerabu perut..ai sedapnye...

Sedapnye kerabu perut ye.. dah lama cari resepi..nk gugel pn asyik lupe je..hari ni ternampak la kat fb..so, apa lagi baik kita letak sini supaya senang nk cari..hehe..

time kasih RASA lepas ni leh try kat umah..

Bahan2 dia adalah :
100g kacang panjang | dipotong dan di celur
500 g perut lembu | di hiris nipis..senang nk mkn
20 biji sili padi | di tumbuk halus..hiris pn ok
10 ulas bawang merah | hiris
5 ulas bawang putih | hiris
2 sudu makan udang kering
2 biji bawang besar | hiris
3 batang serai | hiris halus
2 biji limau nipis | perah
1/2 biji kelapa | sangai utk jadikan kerisik garam dan gula semestinya

Cara buatnye pulak :
1. Perut lembu dibersihkan dan direbus sehingga lembut..kemudian dihiris kecil dan memanjang.
2. AMbil bahan yang telah di hiris dan di masukkan di dalam bekas.
3. Satukan dengan perut lembu, kacang panjang, serai dan kerisik denga bahan yang telah di hiris tadi. Kalau nk masukkan taugeh pn sodap jugakkn..
4. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis.

07 April 2014

Adakah Saya Mengandung?

Tetiba tertarik pulak dengan artikel dari http://pama.karangkraf.com ni.. bila dan post ni..x semestinya tuan tanah mengalaminya.. hahaha.. ;)

Jom kita baca sesama ye..

Bukan semua wanita yang baharu disahkan hamil mempunyai simptom awal yang sama. Pening kepala, mual dan muntah adalah tanda-tanda kehamilan yang biasa apatah lagi jika diikuti dengan lambat datang haid. Bagaimanapun ada wanita yang tidak langsung mengalami tanda-tanda tersebut, adakah ia normal? Jangan risau tentang hal tersebut, sebenarnya tanda-tanda kehamilan setiap orang adalah berbeza-beza. Ini kerana badan manusia memberikan tindak balas yang berbeza antara satu sama lain. 

 Ketahui beberapa tanda kehamilan berikut yang mungkin dialami oleh sesetengah daripada anda tetapi tidak dialami oleh wanita lain yang melalui tanda kehamilan mual dan muntah. Bagaimanapun jangan khuatir dengan tanda-tanda kehamilan anda kerana ia sebenarnya menunjukkan janin yang dikandung adalah sihat. 

Keluar lendir 
Kehadiran cairan atau lendir berwarna putih atau kekuningan dari faraj anda. Tanda ini jarang dialami oleh wanita hamil. Ia menyebabkan anda berasa tidak selesa dan akan kerap menukar seluar dalam. Peningkatan hormon dan peredaran darah pada faraj dalam badan ibu yang baharu hamil menyebabkan lendir keluar lebih banyak daripada biasa. 

Kembung dan kejang 
Kesakitan di bahagian perut seperti masuk angin membuatkan bakal ibu akan mengalami kejang dan kembung perut. Simptom ini tidak dialami oleh semua wanita hamil. Seeloknya elakkan makanan seperti taugeh, brokoli, kobis dan bunga kobis. 

Terkencing 
Tiba-tiba anda berasa mudah terkencing sekiranya sedang ketawa, bersin, batuk atau mengangkat objek berat. Puncanya kerana kawasan pundi kencing terbuka kerana ada janin sedang membesar dalam rahim anda. Rajinlah membuat latihan kegel dan jangan menahan air kecil.

Berdengkur 
Mungkin sebelum ini anda tidak pernah berdengkur ketika tidur tetapi apabila baharu disahkan hamil, tidur anda diiringi dengan dengkuran kerana berlakunya radang pada membran yang menyebabkan lendir mengganggu pernafasan. 

Mudah berpeluh 
Tentu anda perasan yang secara tiba-tiba badan anda mudah berpeluh walaupun cuaca tidak panas. Hal ini berlaku disebabkan peningkatan metabolisme badan dan peredaran darah dipam ke seluruh badan maka suhu turut meningkat. 

Masalah kulit 
TIba-tiba muncul jerawat di wajah anda dan beberapa masalah kulit lain seperti tompokan hitam di wajah dan sebagainya. Jangan bimbang kerana ia masalah ketika hamil sahaja akibat badan mengeluarkan melanin lebih banyak sehingga menyebabkan tompok-tompok hitam pada muka.


OuR Visitors (◕‿◕✿)