CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

07 April 2014

Adakah Saya Mengandung?

Tetiba tertarik pulak dengan artikel dari http://pama.karangkraf.com ni.. bila dan post ni..x semestinya tuan tanah mengalaminya.. hahaha.. ;)

Jom kita baca sesama ye..

Bukan semua wanita yang baharu disahkan hamil mempunyai simptom awal yang sama. Pening kepala, mual dan muntah adalah tanda-tanda kehamilan yang biasa apatah lagi jika diikuti dengan lambat datang haid. Bagaimanapun ada wanita yang tidak langsung mengalami tanda-tanda tersebut, adakah ia normal? Jangan risau tentang hal tersebut, sebenarnya tanda-tanda kehamilan setiap orang adalah berbeza-beza. Ini kerana badan manusia memberikan tindak balas yang berbeza antara satu sama lain. 

 Ketahui beberapa tanda kehamilan berikut yang mungkin dialami oleh sesetengah daripada anda tetapi tidak dialami oleh wanita lain yang melalui tanda kehamilan mual dan muntah. Bagaimanapun jangan khuatir dengan tanda-tanda kehamilan anda kerana ia sebenarnya menunjukkan janin yang dikandung adalah sihat. 

Keluar lendir 
Kehadiran cairan atau lendir berwarna putih atau kekuningan dari faraj anda. Tanda ini jarang dialami oleh wanita hamil. Ia menyebabkan anda berasa tidak selesa dan akan kerap menukar seluar dalam. Peningkatan hormon dan peredaran darah pada faraj dalam badan ibu yang baharu hamil menyebabkan lendir keluar lebih banyak daripada biasa. 

Kembung dan kejang 
Kesakitan di bahagian perut seperti masuk angin membuatkan bakal ibu akan mengalami kejang dan kembung perut. Simptom ini tidak dialami oleh semua wanita hamil. Seeloknya elakkan makanan seperti taugeh, brokoli, kobis dan bunga kobis. 

Terkencing 
Tiba-tiba anda berasa mudah terkencing sekiranya sedang ketawa, bersin, batuk atau mengangkat objek berat. Puncanya kerana kawasan pundi kencing terbuka kerana ada janin sedang membesar dalam rahim anda. Rajinlah membuat latihan kegel dan jangan menahan air kecil.

Berdengkur 
Mungkin sebelum ini anda tidak pernah berdengkur ketika tidur tetapi apabila baharu disahkan hamil, tidur anda diiringi dengan dengkuran kerana berlakunya radang pada membran yang menyebabkan lendir mengganggu pernafasan. 

Mudah berpeluh 
Tentu anda perasan yang secara tiba-tiba badan anda mudah berpeluh walaupun cuaca tidak panas. Hal ini berlaku disebabkan peningkatan metabolisme badan dan peredaran darah dipam ke seluruh badan maka suhu turut meningkat. 

Masalah kulit 
TIba-tiba muncul jerawat di wajah anda dan beberapa masalah kulit lain seperti tompokan hitam di wajah dan sebagainya. Jangan bimbang kerana ia masalah ketika hamil sahaja akibat badan mengeluarkan melanin lebih banyak sehingga menyebabkan tompok-tompok hitam pada muka.


No comments:

Post a Comment

OuR Visitors (◕‿◕✿)